MUTAKHIR

Berita Semasa

Kemalangan Terkini

Berita Sarawak Terkini

Hiburan

Gambar

Perintah Berkurung

Abu Sayyaf

Recent Posts

  • Ketua perogol Yuyun dihukum mati

    By Berita Sabah → Friday, 30 September 2016
    Curup (Indonesia): Mahkamah di Indonesia di sini, menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang menjadi ketua kumpulan 14 lelaki merogol dan membunuh pelajar sekolah di Bengkulu pada 2 April lalu.

    Zainal, 23, dihukum mati selepas didapati bersalah memukul mangsa dikenali sebagai Yuyun hingga mati selepas pelajar itu dirogol bergilir-gilir oleh semua 14 tertuduh termasuk lapan remaja bawah umur.

    “Kerana jenayah ini terlalu kejam, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Zainal,” kata hakim, Henny Faridha, hari ini.

    Empat lagi lelaki dihukum penjara 20 tahun kerana merogol mangsa yang berusia 14 tahun berkenaan, tujuh lagi sebelum ini dihukum penjara 10 tahun manakala seorang remaja berusia 13 tahun diarah menjalani program pemulihan selama setahun.

    Seorang lagi suspek masih diburu polis.

    Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila dia dirogol kumpulan lelaki berkenaan yang mabuk.

    Mayat mangsa ditemui dalam keadaan bogel dalam parit besar di sebuah kebun getah dua hari kemudian.

    Kes itu mengejutkan Indonesia hingga menyebabkan Presiden Joko Widodo meluluskan undang-undang membenarkan hukuman berat terhadap perogol kanak-kanak, termasuk hukuman mati dan dikembiri secara kimia. - Reuters
  • Lelong dara bermula RM690,000

    By Berita Sabah →
    London: Seorang pelajar perempuan dari Russia yang mendakwa tidak pernah mengadakan hubungan seks menawarkan daranya dengan harga permulaan €150,000 (kira-kira RM690,000) bagi menampung keperluannya melanjutkan pelajaran di luar negara.

    Ariana, 20, mengiklankan lelongan daranya melalui satu laman web teman sosial dan mereka yang berminat juga boleh memilih rakan baiknya yang turut membuat tawaran sama dengan harga sama, sama berasingan atau kedua-dua ‘anak dara’ itu untuk sesi yang sama.

    Menurut Ariana, ramai pelajar menghadapi masalah kewangan dan dia membuat keputusan itu kerana tidak mahu menghadapi masalah berkenaan ketika belajar nanti.

    “Saya mahu belajar perubatan di negara luar dan kosnya mahal, termasuk kos sara hidup, jadi saya tidak mahu diganggu masalah kewangan bagi membolehkan tumpuan kepada pelajaran,” katanya Dia tidak menganggap keputusannya itu salah dari segi etika sebaliknya berpendapat cara paling mudah mendapatkan wang dalam masa singkat.

    “Percayalah, saya sudah lama menimbangkannya sebelum membuat keputusan dan selama ini pun tidak menemui cinta. “Jadi kenapa saya perlu menunggu lagi?

    Kenapa saya perlu hilang dara kepada seseorang yang kemudian menyebabkan saya patah hati?” katanya.

    Menurutnya, ibu bapanya tidak tahu mengenai keputusannya namun jika mereka tahu, dia akan memberi penjelasan sewajarnya.

    Rakannya, yang menggunakan nama Lolita, 21, juga mengiklankan daranya melalui laman web berkenaan. Bagaimanapun, Lolita tidak menyatakan di laman web berkenaan tujuannya melelong daranya.
  • Lenyap dibaham buaya

    By Berita Sabah →
    Lahad Datu: Lelaki dikhuatiri maut dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Simpang Putih di sini, petang tadi.

    Difahamkan, mangsa yang berusia 20-an sedang memukat ikan bersama bapanya namun tiba-tiba ditarik sebelum dibaham buaya.

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Mohd Affendy K Ramin berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 6.03 petang dan sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian.

    "Maklumat awal menyatakan mangsa dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Simpang Putih sebelum pemanggil menghubungi pihak bomba.

    "Sebuah jentera bersama satu kenderaan Perkhidmatan Anggota dan Penyelamat Paramedik (EMRS) turut dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.