Kangkung Tumis, dll yang berkaitan dengan KANGKUNG. Mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi kita semua ketika kita hendak makan kangkung.

Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua Doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari mengalami kesakitan. Sudah berbagai macam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun tidak juga sembuh.

Kemudian orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, "Makanan apa yang dimakan oleh si anak dalam 2 hari ini? "Orang tuanya bingung kerana sejak anaknya sakit, si anak tidak lalu makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah disiasat, ternyata sebelum menderita sakit, satu malam si anak makan kangkung tumis di restoran bersama orang tuanya. Doktor segera melakukan x-ray, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak lintah degan anaknya yang kecil-kecil. doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan perubatan. Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia.

Setelah diperiksa ulang, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung tumis yang paling enak adalah batangnya.

Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis yang proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar. Di dalam usus anak kecil tadi, lintah hanya perlu waktu 1 - 2 hari untuk berkembang biak. 

TIPS DAN PANDUAN
  • Jika ada keluarga atau rakan yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (boleh diambil dari rokok) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati. 
  • Dan disarankan bila anda memasak kangkung harap belah batangnya.
 
PORTAL SATU SABAH Tertakluk Kepada MSC Malaysia Bill of Guarantees (BoG No. 7) iaitu tidak menapis internet.
Portal Satu Sabah © 2014. All Rights Reserved.
Top