Arrow

Langganan

Jumlah Kunjungan Pelawat


Terbaru

Russian New Jet Fighter: SU-34

Posted by Satu Sabah ~ on Monday, March 18, 2013 ~ 0 comments

TEKNOLOGI : PESAWAT PENGEBOM PALING PANTAS REKAAN RUSSIA | Jika Amerika Syarikat mempunyai program Joint Strike Fighter dimana dua pesawat tempur terkini mereka mempunyai sistem persenjataan yang bersesuaian antara satu sama lain, Russia juga tidak mahu ketinggalan. Perbezaan antara program JSF dengan program kelolaan Russia ialah di Russia perbelanjaan yang dibenarkan adalah jauh lebih sedikit.

Jadi bagaimanakan Russia menjimatkan kos penghasilan pesawat baru mereka? Sukhoi SU-345 Fullback ialah pesawat pengebom berkelajuan tinggi terbaru Russia yang menggantikan SU 24 Fencer yang sudah beroperasi sejak 1974. Ia mula beroperasi tahun lalu selepas menjalani proses rekaan dan percubaan semenjak 2006. Jika anda lihat rupa pesawat pengebom ini, anda pasti perasan ia kelihatan seperti pesawat tempur SU-30 MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia. 

ini adalah kerana program penghasilan pesawat baru Russia menggunakan konsep penggunaan semula komponen dari pesawat lama bagi menghasilkan pesawat baru. Jika SU-30 MKM ialah pesawat tempur, SU-34 Fullback ialah pesawat pengebom moden. Bahagian hadapan pesawat SU-30 diubah. Kokpit yang lebih besar dengan susunan juruterbang dan pemandu arah duduk sebelah menyebelah digunakan. Dari segi enjin dan bahagian lain pesawat tidak macam perubahan dilakukan. Sayap diperkukuhkan sedikit bagi memberikan kemampuan membawa 8000 kilogram lebih banyak senjata dari pesawat tempur SU-30. Yang menariknya SU-34 dilengkapi dengan tandas bagi memberikan keselesaan kepada krew.

Harga sebuah SU-34 bermula dari USD 36 Juta (RM 111 Juta)


Jet pejuang Russia yang dinamakan SU-34

Kongsikan :

Artikel Berkaitan

Adverstisement