Website ini sesuai dilayari menggunakan Firefox atau Google Chrome untuk memastikan semua plugin berfungsi dengan baik
Home » , » AIM lancar Pasar Raya Sahabat Ikhtiar

AIM lancar Pasar Raya Sahabat Ikhtiar

Written By Admin on Monday, April 15, 2013 | 9:59 PM
Semua artikel dalam blog ini tertakluk kepada penafian SATUSABAH.COM

Bantu sokong 1SABAH dengan klik 'Like' di bawah ini. Terima Kasih!


SEMPORNA: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melancarkan pasar raya pertamanya di negara ini yang dinamakan Pasar Raya Sahabat Ikhtiar (PRSI) di daerah ini untuk membantu ahlinya meningkatkan taraf sosio ekonomi.

Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Amihamzah Ahmad berkata, pihaknya akan menyasarkan lebih banyak pasar raya berkenaan di negara ini dan juga bercadang untuk membuka 123 koperasi AIMserta cawangan Ar-Rahnu, AIM.

Menurutnya, pasar raya berkonsepkan kedai serbaneka itu mendapat sokongan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu bakal merancakkan lagi sumber pendapatan Sahabat AIM.

“AIM berhasrat membuka lebih banyak pasar raya ini atas keyakinan bahawa ia mampu menjadi hab pembangunan peruncitan sahabat akan datang,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Sahabat Dan Perasmian Pasar Raya Sahabat Ikhtiar di sini, kelmarin yang dirasmikan Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sementara itu, Shafie menyifatkan pembukaan pasar raya berkenaan sebagai inisiatif untuk melibatkan masyarakat luar bandar agar berkecimpung dalam aktiviti ekonomi berasaskan peruncitan.

“Inisiatif ini selari dengan cetusan idea Perdana Menteri, yang mahu masyarakat luar bandar bukan sahaja diberi kemudahan asas seperti air dan jalan tetapi turut mewujudkan peluang ekonomi sebagai punca pencarian,’’ katanya.

Jelasnya, pasar raya itu berbeza dengan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diwujudkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Pasar Raya Sahabat Ikhtiar lebih berkonsepkan koperasi dan memberi keutamaan kepada produk keluaran ahli AIM untuk dijual di pasar raya berkenaan sedangkan KR1M lebih bersifat individu,’’ katanya.

Terdahulu pada majlis itu, AIM telah memberikan bantuan sebanyakRM1.5 juta kepada sahabat AIM yang terjejas akibat insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna bagi meringankan beban mereka.

Dana itu diperoleh daripada Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) yang berjumlah RM64.6 juta iaitu tabung yang diwujudkan AIM sebagai perkhidmatan sokongan kepada sahabat yang di timpa musibah.

Sahabat yang rumah mereka musnah sama sekali dalam insiden itu diberi bantuan RM13,000 manakala sahabat yang terjejas pendapatan akibat kemusnahan projek diberi bantuan RM7,000. - NST

IKLAN TEKS



Untuk mengikuti dengan mudah dan tidak terlepas posting di blog ini, sila ke fan page 1SABAH, halakan cursor anda ke butang "Liked" dan tick √ pada "Get Notifications" dan "Show in News Feed" atau dengan melanggan percuma News Feed kami melalui email.
Kongsikan informasi ini :

BERITA PILIHAN

Artikel Popular Minggu Ini

Antara Artikel Terbaik

 
Dibangunkan Oleh : Fantasi Media
Hakcipta Dipelihara © 2008 - 2014. SATU SABAH